Pengenalan Sekolah

  • PDF

SRI-Al Amin Kerteh ditubuhkan pada tahun 2000 dengan memberi kemudahan pendidikan bersepadu akademik & agama kepada penduduk sekitar Kerteh. Bermula dengan 57 pelajar dan 7 orang guru.



Diasaskan oleh Pertubuhan IKRAM Daerah Kemaman yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mazlan bin Ahmad.SRI Al-Amin  Kerteh telah berkembang dan mendapat sokongan baik masyarakat setempat . Kini berada di bawah naungan rangkaian IKRAM-MUSLEH, SRI Al-Amin Kerteh berkembang maju dengan statistik sehingga hari ini iaitu 439 orang murid, 45 orang guru, 3 orang staf sokongan dan 4 orang pembantu am.

 

SRI Al-Amin Kerteh pernah mengalami tragedi kebakaran pada 15 September 2006 yang telah memusnahkan bangunan asal sekolah ini yang dibina dari kayu. Namun, dengan semangat tidak berputus asa pihak sekolah dan bantuan dari orang ramai, bangunan baru telah berjaya didirikan dan digunakan pada sesi persekolahan tahun 2007.

Last Updated on Sunday, 04 September 2016 13:37

You are here