SPS "E-Waris"

Sistem Pengurusan Sekolah - Sekolah Agama Taman Universiti- dibangunkan khusus untuk memberi kemudahan bukan sahaja kepada pengurusan sekolah tetapi juga kepada ibubapa / penjaga dan dan murid khususnya.

Modul 'eWARIS' ini membolehkan ibubapa membuat pendaftaran dan pembayaran secara online internet. Servis online ini bukan sahaja dapat memudahkan dan menjimatkan masa, malah dapat mengurangkan kos dimana semua urusan boleh dibuat hanya dirumah atau dipejabat sahaja.

Seperkara yang penting 'eWARIS' ini membolehkan ibubapa / penjaga membuat "pemantauan berterusan" terhadap prestasi akademik dan tingkah laku(disiplin) anak-anak secara berterusan melalui internet dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Di harap ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam memperkasakan institusi pendidikan ISLAM ke arah melahirkan generasi berwawasan dunia dan akhirat.

You are here: